.

« September 2017 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
RSS Feed
View Profile
Blog Percubaan
Monday, 20 July 2009
SPR perlu lebih tegas kuat kuasa peraturan

SPR perlu lebih tegas kuat kuasa peraturan

KUALA KRAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta lebih tegas menguatkuasakan peraturan dan mengambil tindakan bagi mengelak penyokong parti bertanding pada pilihan raya menimbulkan provokasi hingga menjejaskan ketenteraman awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata selain tidak membenarkan penyediaan pondok panas, SPR perlu melarang kehadiran penyokong di kawasan pintu masuk pusat mengundi bagi mengelakkan provokasi.

“Kita berharap SPR lebih teliti mengenai perkara kerana walaupun tanpa pondok panas, kehadiran penyokong yang berhimpun dan membuat provokasi dengan pelbagai kerenah boleh mencetuskan pertelingkahan,” katanya semalam.

Muhyiddin diminta mengulas kelemahan di kawasan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Peria tengah hari semalam sehingga mencetuskan pertelingkahan yang menyebabkan dua ahli Puteri Umno dan penyokong Pas cedera.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan, dari segi peraturan pilihan raya ia terletak dalam bidang kuasa SPR untuk menguatkuasakannya.

"Polis cuba mengawal keadaan tetapi dari segi peraturan dan undang-undang, ia hak SPR menentukan bentuk kawalan.

"Petugas BN mematuhi peraturan, tetapi bila mereka melihat penyokong Pas memulakan sesuatu (provokasi)... kalau BN tak buat, semangat akan jatuh sedangkan mereka pun turut bersemangat. Jadi, kalau tiada pihak memulakannya, kawasan pusat pengundian akan lebih tenteram," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas meninjau proses pengundian, termasuk di Temalir, Sungai Sok, Cuchoh Puteri dan Lata Rek. Ketika singgah bertemu petugas jentera pilihan raya BN di Cuchoh Puteri, Muhyiddin turut dihamburkan kata-kata kesat oleh penyokong Pas.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, kekecohan berpunca daripada tingkah laku keterlaluan penyokong Pas dari luar yang datang beramai-ramai menjelang hari pengundian.

“Sebelum itu, suasana di Manek Urai tenang kerana hubungan baik antara penyokong Umno dan Pas setempat termasuk yang mempunyai hubungan persaudaraan,” katanya.

Beliau berkata, sikap penyokong Pas sanggup melemparkan kata-kata kesat sesama umat Islam sepanjang pilihan raya itu sebenarnya menjatuhkan maruah agama Islam.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, pemimpin Pas sepatutnya bertanggungjawab terhadap tingkah laku penyokong dengan menasihatkan mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi adat budaya dan bertentangan dengan agama.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa, menafikan dakwaan Muhyiddin, sebaliknya mendakwa kekecohan di luar SK Peria berpunca daripada tindakan pemandu sebuah kereta dipercayai menyokong BN mengekori kenderaan yang dinaiki pegawai SPR.


Posted by aziz548 at 4:47 AM EDT
Share This Post Share This Post
Post Comment | Permalink
Polis Siasat Pejabat SPRM
Mood:  bright
  • Polis siasat pejabat SPRM

    SHAH ALAM: Polis semalam mengambil beberapa lagi bahan bukti termasuk dokumen dan perkakasan komputer dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam di sini, bagi membantu merungkai misteri kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. [+]


Posted by aziz548 at 4:44 AM EDT
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older